Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka baru sahaja berkenalan lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, "Kenapa kau ni asyik menggigil je?" "Oh, cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!" jawab Hantu B sambil menggigil lagi. "Ooo..kesiannya... aku dulu mati sebab heart attack." kata Hantu A ramah. "Kau memang sakit jantung kronik ke? Kenapa kau tidak menjalani pembedahan? Kalau tidak, mesti kau tengah lepak dengan keluarga kau sekarang." balas Hantu B. "Dah,aku dah buat dah !Sebenarnya masa aku mati tu, aku dalam proses penyembuhan. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu. "Ceritalah sikit..Sambil-sambil lepak nih." "Camni, aku syak isteri aku main kayu tiga dengan aku. Jadi, pada suatu hari, aku ingat nak perangkap untuk isteri aku..Aku pura-pura pergi kerja tapi sebenarnya aku letak kereta aku dekat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat depan rumah aku. Aku tunggu je dalam kereta sebab nak carik masa sesuai tangkap mereka." "Jadi, kau dapat tangkap mereka berdua?" tanya Hantu B penuh minat. "Tak. Aku cuma jumpa isteri aku saja kat dalam bilik. Yang aku hairan, masa aku masuk umah itu, aku nampak ada kasut lelaki depan pintu rumah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia hanya mendiamkan diri. Jadi, aku pun lari sekeliling rumah aku sebab nak cari lelaki itu. Habis semua bilik aku carik tetapi tak jumpa.Oleh kerana terlalu penat berlari untuk mencari lelaki itu, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. Aku tak sangka aku meninggal lepas itu..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan. Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Kenapa kau tak periksa kat dalam peti sejuk? Kalau kau periksa kat situ, mesti kita berdua masih hidup lagi. |
About Me
Blog Archive
Pages
Search This Blog
Text Area
Text Area
Text Area Or Photo
Dikuasakan oleh Blogger.
Etiquetas
- baca je r.... (1)
- macam2 de..... (1)
Pengikut
Subscribe
Powered By
Blogger Template From:
Free Blogger Skins
Jumaat, 31 Oktober 2008
Dialog dua hantu!!!!!!!!!!!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan